Anggap diri hina, Janna Nick mohon maaf jemput Ustaz Wadi di majlis resepsi

Kehadiran Ustaz Wadi Annuar di majlis perkahwinan pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann tempoh hari telah mengundang perdebatan ramai kerana terlihat tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, Ustaz Wadi telah memberi penjelasan bahawa dia dan pembantu peribadi telah pulang selepas majlis berlangsung dalam suasana agak kebaratan.

Susulan daripada itu, pelakon filem Jemputan Ke Neraka terbabit dengan rendah hati memohon 

maaf diatas keterlibatan Ustaz Wadi di majlis resepsinya sehingga dia dikecam hebat netizen.

Memetik video yang dikongsikan Hlive, Janna menjelaskan dia telah menjemput ustaz untuk membacakan doa bagi keberkatan majlis perkahwinannya memandangkan pendakwah tersebut memberikan ceramah pada majlis bacaan yasin serta doa selamat pada malam sebelum resepsi.


VIDEO PENJELASAN JANNA 
















Janna Nick dan Dini telah selamat bergelar suami siteri apabila dinikahkan sendiri bapa Janna iaitu Muner Abdullah di Langkawi pada 10 Jun 2023.

Kehadiran rakan artis dari Indonesia, Baim Wong menjadi salah satu kejutan cukup bermakna buat pasangan ini memandangkan mereka bertiga pernah berlakon dalam satu drama bertajuk Bukan Cinta Aku.

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] ‘Saya Sama Sekali Tidak Membuat Laporan Palsu’ – Hafidz Roshdi Nafi Tuduh Shuhada Gugurkan Kandungan